Kegagalan kuasa elektrik Semenanjung Malaysia 1996

Gangguan bekalan elektrik Semenanjung Malaysia 1996 ialah satu peristiwa gangguan bekalan elektrik yang berlaku pada Sabtu, 3 Ogos 1996 jam 5:17 petang (WPM) dan mengakibatkan seluruh Semenanjung Malaysia bergelap selama lebih 12 jam.[1][2] Ia telah disifatkan sebagai antara gangguan bekalan elektrik paling terburuk dalam sejarah Malaysia,[3] dan juga insiden kedua selepas kejadian serupa yang berlaku pada 1992.[4]

Kegagalan kuasa elektrik Semenanjung Malaysia 1996

Lokasi Semenanjung Malaysia
Tarikh 3 Ogos 1996; 25 tahun yang lalu (1996-08-03)
Masa 5:17 petang Waktu Piawai Malaysia (WPM)
Hasil Bekalan elektrik berjaya dipulihkan selepas gangguan selama 15 jam
Kematian
  • 4 (kanak-kanak, akibat kebakaran)
  • 3 (dewasa, akibat kemalangan jalan raya)
Penyebab Kerosakan talian penghantaran berdekatan Stesen Janakuasa Sultan Ismail di Paka, Terengganu